Rabu, 06 Oktober 2010

Kisah Rumput dan Cinta

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang
guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai
kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:
Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling
kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya
suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat?
Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu
berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih
mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu
petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas
itu bawa balik ke kelas.
Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di
tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Pelajar: Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang
berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik
tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil
mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung
padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di
belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula,
jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang
yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita
patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh
ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak
lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh
perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak
perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang
itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanyanya walaupun nak ikutkan
banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. kecualilah jika perhubungan
tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka
sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

0 komentar:

Posting Komentar